Created with Admarket's flickrSLiDR.

Wednesday, March 9, 2011

Antara 'IF' dan 'KALAU'

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera kpd sume yg sedang tekun membaca blog sy nie...
maaflah kpd yg meminta agar sy dpt post lg dlm masa terdekat, mmg xdpt lah...diz time round, ni jerw masa yg ada sdikit utk luahan hati dan rasa apa yg terbuku n tersirat di benak fikiran nie...

sedang duduk termenung kt halaman Facebook tadi, tetibe terbayangkan betapa kufurnya sy kalau sy tidak mensyukuri sume yg sy dpt pada hari ini n slama sy hidup di muka bumi ini...
kalau post blog sy sblm2 nie byk berkenaan dgn perjalanan hidup & perkembangan sy bersama family tercinta, kali ini terdetik di hati ini utk menukilkan sesuatu yg selalu kita dgr, tp jarang sekali kita sedar kte sendiri turut sama melakukannya...

kalau tengok tajuk pown mesti dah pening, "Antara 'IF' dan 'KALAU'...???" pasal apa yerr??? hurm, mula2 agak pening gak masa nak mula mengarang post yg terbaru nie, maklumlah, sume nye spontan ajerr, tp skadar mnulis jerw boleyh spontan, kalo disuruhnya bercakap depan org ramai, mampuih den nak cakap sepatah pown sogan...

okay2, jauh dah meleret2 ayat nie, back to our business...ce-ceghite apa sebenarnye tajuk post nie??? hah, kalo nk tau post kali ni pasal something yg common kita sume buat, tp jarang kita sume sedar...percaya atau tak terpulang, tp cuba renungkan smula, dlm sehari ni lah, dah brapa banyak perkataan 'IF' atau 'KALAU' kita guna dalam perbualan kte ngn member2, jiran2, kengkawan dsb nya...msti tak sedar an??? dats why lah, something yg common tp tanpa kita sedar kita sendiri dah terlibat sama...

kalau member2 yg amek subjek Programming C++ uh, jgn ckp lah bape banyak 'IF' utk coding yg korang sume dah gune lagi2 ble kena guna 'If Else' statement, haha...basically, nk remind satu menda jerw, sume yg kte dapat, sume yg kte ada kte kne sentiasa bersyukur...baik perkara itu datang sbgai satu ujian maupun nikmat, kte kne terima dgn redha dan hati yg terbuka...

KALAU bukan kerana mak ayah saya...saya tak lahir ke dunia ini,
KALAU bukan kerana kawan2 saya...saya takkan ada semangat untuk terus belajar smpi hari ini,
KALAU bukan kerana cikgu2 saya...saya takkan punyai ilmu sebanyak ini,
KALAU bukan kerana buku2 yg saya baca...saya takkan tau byk lg yg sy tak tau,
KALAU bukan kerana duet yg sy ada...saya takkan mampu utk berbelanja sebanyak ini,
KALAU bukan kerana kesihatan saya...saya takkan larat berjalan ke sana ke sini,
KALAU bukan kerana minat saya...saya takkan belajar jauh ke sini,
KALAU bukan kerana cita-cita saya...saya takkan berjaya berada di sini,

IF sy dilahirkan ke dunia tanpa mak dan ayah...bagaimana pula nasib sy???
IF sy sentiasa dipandang hina oleh kawan2 sy selama ini...bersemangatkah sy utk terus belajar dan bersekolah seperti kamu???
IF sy punyai ckg2 yg tidak mempedulikan sy...byk mana ilmu sy arini berbanding kamu???
IF sy tidak pernah berpeluang membaca walau senaskhah buku...tahukah sy apa yg kamu tahu???
IF sy tidak mempunyai wang sebanyak kamu...mampukah sy berbelanja sperti kamu???
IF sy tidak sesihat kamu...mampukah sy ke sana ke mari tanpa kerusi roda ini???
IF sy tiada minat seperti kamu...mampukah sy belajar sejauh kamu???
IF sy tidak tahu apa itu cita-cita...bolehkah sy berjaya seperti kamu???

akan tetapi, 'IF' dan 'KALAU' semua ini bukan kerana ketentuan ALLAH s.w.t sejak azali...sudah pasti semua ini hanyalah harapan yang sekadar mimpi menunggu menjadi realiti yang tak pasti...

wahai sahabat...bersyukurlah (alhamdulillah 3x)...sedar tidak sedar, sudah banyak yg kita lalui selama ini, semuanya antara kita sedar ataupun tidak, kadang2 kita sendiri terlupa bahawa kita telah ada semua ini, yg tanpa kita sedar tidak semua org berpeluang sebaik kita...ingatlah, kalau sesungguhnya kita bersyukur dengan nikmat yg telah ALLAH kurniakan kpd kita, maka ALLAH akan lipat gandakan nikmat2 itu utk kita, namun jika sekiranya kita kufur yakni tak bersyukur dgn apa yg kita ada, maka ingatlah bahawa azab ALLAH itu amatlah pedih...sekian, wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...